Sejarah Perkembangan Yoyo-Cina
Diabolos
berevolusi dari yo-yo China pada abad ke-12. Yo-yo cina ialah permainan
dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan
oleh gandar yang panjang. Manakala diabolo barat lebih berbentuk kon dan
dalam pelbagai warna, ukuran, dan berat. Yo-yo cina akan sentiasa
berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Permain akan
memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.
Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun
1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat
daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk
aksi-aksi lask. Sesetengah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan
bunyi apabila dipusing dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya
mengimbangi kelajuan yo-yo.